PUTRAJAYA: Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tiri lelakinya yang berusia tiga tahun, hampir enam tahun lepas.
Khairul Izani Khairuddin, 36, yang dikenali dengan nama julukan "Boy Tiger" juga dikenakan 12 sebatan rotan, dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 12 Nov 2018.
Panel tiga hakim terdiri daripada hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Persekutan), Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan Khairul Izani untuk mengetepikan sabitan ke atas kesalahan membunuh Muhammad Qairil Aqmal Abdul Hakim.
Bagaimanapun panel berkenaan membenarkan rayuan Khairul Izani untuk mengetepikan hukuman mati dan digantikkan dengan hukuman penjara.
Pada 26 Ogos 2022 Mahkamah Tinggi Klang mendapati Khairul Izani bersalah membunuh kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 Nov 2018 pukul 11 pagi, dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.
Ahmad Zaidi ketika menyampaikan keputusan mahkamah berkata Khairul Izani gagal menunjukkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam dapatan beliau untuk menolak pembelaannya bahawa dia (Khairul Izani) mengalami masalah tidak waras mental.
Beliau berkata sebaliknya terdapat keterangan yang membuktikan bahawa Khairul Izani waras semasa kejadian, dengan isteri Khairul Izani memberi keterangan bahawa suaminya berhenti membelasah anak tirinya itu apabila mendapati kepala kanak-kanak berkenaan berdarah dan dengan segera membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Kelakukan Khairul Izani yang berbohong kepada doktor dengan mengatakan bahawa kanak-kanak itu tercedera akibat terjatuh di bilik air menunjukkan dia cuba menyembunyi perbuatannya dan tindak tanduk sedemikian adalah konsisten dengan kelakuan seorang yang waras.
"Kami mendapati hakim bicara tidak boleh dikatakan terkhilaf dalam dapatan beliau bahawa tindakan tertuduh (Khairul Izani) dalam membelasah kanak-kanak itu berlaku kerana sifat panas barannya dan bukan kerana dia dalam keadaan tidak waras mental," katanya.
Beliau berkata berdasarkan fakta kes, isteri Khairul Izani melihat suaminya membelasah kanak-kanak itu dengan dengan bertubi-tubi, memijak tubuhnya serta mencekik leher dan menghentak kepalanya ke dinding sehingga berdarah.
Ahmad Zaidi berkata isteri Khairul Izani tidak berjaya menghalangnya kerana ketika itu dia sarat mengandung, tambahan pula Khairul Izani adalah seorang yang panas baran.
Khairul Izani diwakili peguam Arik Zakri Abdul Kadir, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Pada 26 Ogos 2022 Mahkamah Tinggi Klang mendapati Khairul Izani bersalah membunuh kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor pada 8 Nov 2018. - Gambar fail/Bernama
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.